
http://malay.cri.cn/1/2004/09/16/25@22607.htm
Dalam perkembangan kerjasama China-ASEAN, kerjasama antara media massa kedua-dua pihak semakin hari semakin penting. Dalam "Seminar Kerjasama Media Massa China-ASEAN" ke-2 yang diadakan di Nanning Guangxi China pada 26 Ogos lepas, Ketua Pengarah Harian Renminribao China Wang Chen telah menyatakan harapan untuk meningkatkan kerjasama antara media massa China-ASEAN. Beliau berkata, tema seminar kali ini iaitu " Perkembangan Kerjasama Media Massa dan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN" memainkan peranan yang penting. Sebagai surat khabar kebangsaan China yang paling berwibawa, Harian Renminribao sudah dua tahun terus mengadakan seminar kerjasama media massa China-ASEAN.
Sebagai agensi berita kebangsaan dan antarabangsa, Agensi Berita Xinhua China sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan media massa pelbagai negara. Naib Ketua Pengarah Agensi Berita Xinhua China Lu Wei berkata, Agensi Berita Xinhua China sudah menubuhkan jaringan perkhidmatan yang menyeluruh di lebih 100 negara dan kawasan dan di tanah besar China. Lu Wei menyatakan, kami bersedia mendengar cadangan dan permintaan pelbagai media massa kepada Agensi Berita Xinhua China, kami ak
an sedaya upaya berkhidmat untuk pengguna media massa dan bukan media massa di ASEAN.
Lu Wei menyatakan, dalam laporan Agensi Berita Xinhua China, kedudukan ASEAN semakin hari semakin penting. Laporan yang adil dan objektif telah memainkan peranan yang penting untuk China dan dunia lebih mengetahui ASEAN dan pelbagai negara ASEAN lebih mengetahui China dan dunia.
Pada November 2002, China dan negara ASEAN telah memeterai "Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN", memutuskan menubuhkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN pada 2010. Pada Oktober 2003, kedua-dua pihak telah memeterai "Perisytiharan Bersama Hubungan Rakan Strategik China-ASEAN". Sejak tahun 2004, Ekspo China-ASEAN diadakan di Nannin China setiap tahun.
Lu Wei berkata, 3 tonggak dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN ialah pengedaran barangan, modal dan pertukaran maklumat. Pertukaran maklumat memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Sama ada zon itu boleh ditubuhkan pada tarikh yang ditetapkan banyak tergantung kepada sama ada media massa China dan pelbagai negara ASEAN boleh mendorong perkongsian maklumat. Walaupun cara pertukaran maklumat semakin hari semakin banyak, tetapi media massa tetap menjadi cara utama dalam pertukaran maklumat.
Sebagai media massa utama di Nanning, tuan rumah Ekspo China-ASEAN, Ketua Pengarah Harian Guangxi Li Qirui berkata, walaupun Guangxi dan ASEAN ialah jiran, tetapi kedua-dua pihak tidak mengetahui antara satu sama lain secara mendalam. Oleh sebab itu, media massa memainkan peranan sebagai jambatan untuk meningkatkan kepercayaan dan persefahaman. Harian Guangxi di samping memperkenalkan kelebihan Guangxi, juga memperkenalkan keadaan ASEAN kepada penduduk China. Ini telah menyediakan suasana yang baik untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN.
Ketua Pengarah Harian Yunnan Zhao Jin berkata, Provinsi Yunnan dan pelbagai negara ASEAN boleh saling menguntungkan dan melengkapi dalam urusan perdagangan dan pertukaran kebudayaan. Yunnan terletak di sempadan negara-negara ASEAN, media massa Yunnan memainkan peranan yang penting dalam pertukaran dan kerjasama China-ASEAN. Kerjasama media massa antara kedua-dua pihak akan lebih luas dan pelbagai.
Kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN meningkat semakin cepat, Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN telah menarik perhatian umum. Zon itu merupakan zon perdagangan bebas yang paling besar yang disertai oleh negara membangun dan mempunyai 1.7 bilion pengguna.
Wakil dari Malaysia, Encik Lim Kim Wah berkata, dalam Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN yang sangat luas, China yang semakin makmur dan hebat akan menyediakan peluang perdagangan yang sangat baik kepada negara ASEAN. Media massa harus meningkatkan laporan tentang perdagangan dan hubungan China-ASEAN, menyediakan maklumat perdagangan yang lebih banyak kepada perusahaan kedua-dua pihak, menjadi pendorong kerjasama ekonomi China-ASEAN. Supaya lebih ramai orang aktif menyertai pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN.
Wang Chen menegaskan, hanya meningkatkan komunikasi, baru boleh meningkatkan persefahaman. Mengadakan pertukaran dan berkongsi bersama-sama warta berita dan gambar, saling menyokong dari segi teknologi, baru boleh memainkan peranan media massa, dengan aktif mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang antara China-ASEAN.
Lu Wei berkata, Agensi Berita Xinhua China akan mengubah tumpuan utama laporannya, mengutamakan Rantau Asia-Pasifik, meningkatkan laporan antarabangsa dalam bahasa Mandarin dan Inggeris, meningkatkan suara negara membangun dan negara rantau Asia Pasifik. Berusaha menubuhkan order baru pertukaran maklumat antarabangsa yang adil.
--Andika
No comments:
Post a Comment